Selangor Lulus Projek Ternak Babi RM100j

Gua banyak suka ini orang cina Teresa Kok.

UTUSAN MALAYSIA - Dalam Negeri mukasurat 15

Oleh : ZABRY MOHAMAD7 April 2008 (Isnin)

SHAH ALAM 6 April - Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor meluluskan projek mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangpr, Teresa Kok (gambar) ketika dihubungi mengesahkannya dan memberitahu, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco yang berlangsung Rabu lalu.

Beliau juga Setiausaha Nasional Wanita DAP bagaimanapun eggan mengulas bila projek tersebut akan dimulakan.

“Ladang ini akan didirikan di Sepang. Saya tidak boleh beritahu lebih lanjut mengenai projek ini kerana ia di bawah tanggungjawab Ahli Exco berkaitan”, katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Teresa dalam laman blognya, http://teresakok.com berkata, Selangor berhasrat untuk menjadi contoh terbaik kepada kerajaan negeri lain dalam mengusahakan penternakan ladang babi secara moden.

“Saya amat berbangga dengan keputusan kerajaan negeri meluluskan projek ini.

Saya akan memaklumkan kepada semua Exvo dalam mesyuarat itu bahawa biarlah ladang penternakan babi di Selangor menjadi contoh kepada negeri-negeri lain,” katanya yang memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan.

Beliau memberitahu, setiap perkara berkaitan dengan ternakan babi atau daging babi seharusnya tidak dijadikan isu sensitif.

Teresa memberikan contoh di mana beliah pernah melihat babi-babi berkeliaran di perkampungan orang Melayu di Tumpat, Kelantan sewaktu melawat negeri itu beberapa tahun lalu.

“Saya betul-betul tidak faham kenapa segelintir orang amat sensitif jika menyentuh perkara berkaitan babi atau daging babi.

Saya sering memberitahu Ahli-ahli Parlimen Barisan National (BN) di Dewan Rakyat bahawa babi juga adalah ciptaan Tuhan,” katanya dalam laman blog berkenaan.

Comments :

0 comments to “Selangor Lulus Projek Ternak Babi RM100j”