Pundak II



Gua ucap banyak terima kasih sama pemimpin Parti PUNDAK atas kepercayaan dan keyakinan atas gua untuk bertanding dekat sini, Kuantan.

Ini gua kali pertama masuk pilihanraya. Gua sudah duduk sini fikir banyak apa gua mau buat kasi orang Kuantan kalau gua menang.

Gua sekarang senarai apa gua punya misi dan visi.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

Ok, lu orang tak salah baca. Itu senarai atas memang kosong punya. Gua mengangku gua tak ada apa apa misi dan visi untuk orang Kuantan.

Gua harap pemimpin Parti PUNDAK tak kesal letak gua jadi calon parti.

Tapi gua masih yakin gua masih boleh menang ini pilihanraya. Macam mana lu orang mesti tanya. Senang saja. Gua harap semua undi orang Kuantan pangkah kasi UMNO, kasi MCA, kasi PKR, kasi PAS, jadi UNDI ROSAK.

Ini macam gua boleh menang dengan majoriti SATU undi (Gua sendiri punya undi lah)

Lepas itu lu orang panggil gua YB Orang Cina. Terima Kasih.

PUNDAK
Malaysiakini
.

PUNDAK


Gua calon Kuantan.

Pilihanraya Dan Pasaran Saham

Kalau lu orang ada ikut pasaran saham, lu orang mesti tau kita punya pasaran saham sudah banyak turun ini dua minggu. Amerika naik, kita turun, Amerika turun, kita turun lagi kuat.

Hari hari gua tengok harga saham turun banyak kuat macam kereta turun bukit, tak ada brek, turun turun terus turun. Banyak kompani macam MRCB, Timecom, KUB ada kaitan dengan politik, sudah turun lebih 30%.

Biasa kalau ada pilihanraya harga saham mesti naik tinggi. Tapi ini kali sudah terbalik. Pilihanraya mari, saham turun. Macam mana?

Gua, orang cina, duduk sini fikir, kenapa ini macam boleh jadi. Gua ada 2 teori mau kongsi sama lu orang.

Satu.
Gua ingat banyak orang kaya atau taukeh saham tak ada suka sama sekarang punya kerajaan. Ini orang sengaja kasi jual saham kasi turun pasaran saham, kasi tunjuk sekarang punya kerajaan tak ada bagus. Tak boleh kawal ekonomi.

Ini mesti kasi banyak orang hati susah. Ramai orang sudah rugi kuat dalam saham.Sampai masa mau undi. Mesti pangkah sama pembangkang.

Dua.
Gua ingat itu kerajaan sengaja kasi turun harga saham sekarang. Kasi semua orang sakit hati. Kemudian last minit, sebelum pilihanraya, macam 3 atau 4 hari mau undi, kerajaan kasi suruh orang UMNO, MCA, MIC cepat cepat beli saham banyak banyak kasi harga saham naik.

Ini macam, itu kerajaan boleh cakap kita punya ekonomi sudah naik, sudah banyak cantik. Pasaran saham banyak bagus.

Kita orang Malaysia mudah lupa, Kalau kerajaan buat ini macam kita sudah gembira. Feel Good. Sampai masa mau undi mesti pangkah Dajing.

Lu orang kalau ada main saham, rasa mana satu teori ada betul, kasi komen dekat bawah.

Air Putih
Election (Part II)
Election
Malaysiakini

Kondom

Gua ada sikit cerita mau kasi kongsi sama lu orang.

Satu hari ini bapak ada bawak dia punya anak pergi kedai ubat mau beli kondom.

Bila itu bapak sedang pilih mana satu mau beli, ini anak tanya sama dia punya bapak,

Anak : Papa kenapa kondom ada banyak packing?

Bapak : Apa lu maksud?

Anak : Ini gua tengok ini satu kotak ada 3, ini ada 6, ini ada 12. Kenapa ini macam packing?

Bapak : Ohhhh itu 3, kasi orang remaja, guna hari Jumaat satu, Sabtu satu dan Ahad satu.

Anak : Jadi itu 6, kasi siapa?

Bapak : Itu untuk budak pergi kolej, hari Jumaat, pagi satu, malam satu.......... hari Sabtu, pagi satu, malam satu.....hari Ahad pagi satu, malam satu. Banyak muda banyak power. 6 Kali terus.

Anak : Jadi… papa lagi power lah, papa beli itu packing 12?

Bapak : Tarak tarak..... papa beli ini packing 12 kasi guna January satu, February satu, Mac satu, April satu, May satu...............

Anak : Ini macam................

Air Putih

Aiiyooo, gua terkejut bila gua pergi Malaysiakini, gua baca itu Lim Guan Eng mau bertanding dekat Air Putih.

Kenapa gua terkejut? Sebab gua dari Kuantan, sini Kuantan ada mukim nama Air Putih, banyak orang cina. Gua ingat Guan Eng mau mali Kuantan. Ha ha ha. Gua baca betul betul baru perasan itu Air Putih dekat Penang.

Bodoh punya orang cina. Ini Malaysia, satu nama ada banyak tempat.

http://www.malaysiakini.com/news/78488

Election (Part II)

Gua sudah cakap masa pilihanraya, lu orang mesti cepat cepat talipon lu orang punya majlis tempatan kasi repair apa yang sudah rosak macam jalan ada lubang, lampu jalan rosak, sampah tak ada angkat.

Gua sini, dekat Kuantan, banyak jalan sudah tampal. Ada satu jalan gua hari hari lalu. Itu jalan nama Jalan Alor Akar. Lubang sana depan Kedai Ubat Aw Kah Yan sudah lebih satu tahun tak ada tampal. Banyak besar punya lubang. Ini hari gua lalu, gua terkejut itu jalan banyak smooth, tak ada lubang lagi. Aiyaaa…..kenapa tiba tiba jadi begitu bagus.

Gua patut ambil gambar sebelum dan selepas kasi bukti. Tapi gua mana tau, itu MPK (majlis perbandaran kuantan) banyak cepat kasi tampal itu jalan. Gua tak ada peluang langsung.

Gua punya rumah sampah satu minggu angkat satu kali, busuk banyak kuat. Hari biasa, talipon suruh mali angkat pun tak ada guna. Dia orang cakap tak ada pusing sana. Tapi ini minggu itu lori sudah 3 kali mali angkat sampah dekat gua punyak rumah.

Kalau ini MPK hari hari ini macam bagus, gua mesti kasi gua punya undi sama BN.

Tapi gua tak ada pasti sama ada ini BN akan terus bagus macam ini selepas pilihanraya. Gua kena pikir betul betul

Gua juga tengok tv ada banyak filem cina rtm, ntv7 tv3 tunjuk. Gua tak tau sebab sekarang tahun baru cina ka atau itu kerajaan mau kasi gembira sama orang cina. Tapi gua tak ada tonton sebab bosan banyak iklan.

Tapi gua satu hal banyak tension sebab pasaran saham sudah turun banyak kuat. Lain kali bila gua senang gua cakapa pasal saham.

Harry Connick, Jr. (Part II)

Itu hari gua cakap banyak gembira pasal itu Harry Connick, Jr punya konsert. Gua cakap gua mau bawak gua punya bini pergi sana.

Ini hari gua mau cakap sama lu orang, gua banyak sedih gua tak ada dapat tiket pergi itu konsert. Gua sudah cuba 3 minggu talipon sana, Dewan Filharmonik, tanya ada lebih tiket boleh kasi gua ka. Hari hari sana cakap habis. Gua kata tolong kalau ada orang kansel itu tiket cakap sama gua. Sana cakap tak ada ini macam punya service.

Ini kali tiket banyak cepat habis oh. Dulu tahun 2005, gua ingat last minit lagi ada orang pergi dekat counter, beli tiket. No problem. Ini kali lagi satu bulan semua tiket sudah habis.

Lu orang tak da tau gua punya bini nangis sampai mata sudah bengkak. Gua punya hati banyak sakit tengok gua punya bini sedih tak ada dapat pergi itu Harry Connick Jr punya konsert.

Kalau siapa ada lebih 2 tiket mau kasi sama gua, gua punya hati banyak terima kasih. Sini gua minta TOLONG.

Gua ada pujuk sama gua punya bini kalau tak ada dapat pergi ini kali gua janji gua bawak lain kali. Malaysia tak ada, luar negeri pun boleh. Gua cakap itu macam gua punya bini ada senyum sikit.

Fatt Choy

Ini hari gua punya bini punya kawan karib punya komponi belanja dia pergi makan besar Tahun Baru Cina.

Mula mula banyak gembira boleh makan percuma, tapi nasib tarak baik duduk satu meja dengan seorang douchebag. Ini orang banyak kacau, semua sajian mesti dia komen.

Tapi satu komen buat gua punya bini punya kawab karib naik benggang. Bila sajian orang cina panggil Hau Xi Fatt Choy keluar atas meja, ini douchebag terus cakap makan ini sajian macam makan Cecilia Cheung punya. Ooooiii, apa punya orang, ini tahun baru cina punya sajian dengan nama banyak ong.

Ini orang mesti banyak suey ini tahun.






Itu gambar gua curi dari http://thefeastcrusade.blogspot.com/2006/01/happy-chinese-new-year-hou-xi-fatt.html

Deal Or No Deal


Semalam gua buka tv tengok itu Deal Or No Deal. Bila gua punya bini nampak itu peserta nama Kenneth pakai baju warna merah terang, terus kata ini orang cina tarak tau macam mana mau bawa tuah.

Orang cina pakai baju merah bila mau kahwin, bila tahun baru cina, bila hari jadi, bila pergi makan besar.

Tapi ini Kenneth pakai baju merah pergi main judi (gua rasa ini Deal or No Deal ada sikit judi sebab main nasib dengan wang). Mana boleh ong. Gua banyak sakit hati tengok dia punya muka banyak tension, tapi gua punya mulut ketawa banyak kuat tak boleh tahan, tengok dia pilih wang besar satu satu.
Ini Kenneth mesti tau kalau mau ong masa judi mesti pakai seluar dalam warna MERAH. Bukan baju merah!

Gua tak mau cerita banyak,. Gua rasa RM500 pun ok. Cukup untuk pam petrol. Ha ha ha....

Orang Cina Paling Kaya




Ini orang cina banyak kaya ohhh. RM58.11bil . Gila!! Kalau gua ada 0.001% dari jumlah itu gua sudah gembira.
Sumber :

Psych

PM kata tak da pilihanraya satu hari , kemudian dia bubar parlimen satu hari .

Itu panggil "psych".

Macam, gua hulur tangan mau shake hand dengan lu, kemudian lu angkat tangan mau balas gua punya shake hand, gua cepat cepat angkat tangan gua ke telinga gua dan gua jerit "psych".

Ha ha ha......... itu macam kita satu Malaysia sudah kena "psych" dengan itu PM.

http://www.urbandictionary.com/define.php?term=psych

Election

Tahun Baru Cina belum habis, ini PM sudah bubarkan parlimen. Tak da sensitif kah? Kenapa tak boleh masa hari raya.

Tapi tak pa, masa pilihanraya ada banyak bagus punya barang kerajaan bagi. Macam, jalan lubang semua kasi tampal, TV kasi tunjuk gambar cina lebih, niaga mesti naik punya, harga saham naik tinggi, semua kita komplain, kerajaan mesti settle.

Kerajaan mesti kasi semua rakyat gembira, supaya mereka dapat undi.

Kalau lu orang masalah sekarang cepat cepat kasi tahu lu punya majlis tempatan.

Gua dapat berita dari http://www.malaysiakini.com/news/77975

Selamat Tahun Baru Cina

Gua orang cina mengucapkan,
Selamat Tahun Baru Cina,
Kepada semua orang cina \
Tak ada kisah sama ada,
Lu Kristian ka muslim ka lu Buddhist ka
Semua nya sama
Asalkan lu orang cina.

Ini tahun, tahun tikus
Mesti banyak bagus,
Untung banyak kasi lu punya business
Kerja mesti sampai success
Itu macam baru kasi senyum sama lu punya bos

Ini tahun dengan keluarga, jangan lawan,
Hati mesti gembira sama kawan
Sama sama senyum dan gembira jadi kawan
Pergi toto beli nombor mesti dapat nombor one

Ini macam semua orang mesti belanja gua
Tak ada kisah kopi kosong atau kopi campur gula
Asal kan semua orang hati banyak sayang gua,

Orang cina sudah mau tidor
Besok mau pergi Bidur
Happy New Year 2008

Orang Cina Hakcipta 2008

Harry Connick, Jr.

Gua punya bini banyak suka Harry Connick Jr. Lu Cakap apa lagu, mesti bini pandai nyanyi. Semua Harry punya lagu mesti ada dalam bini punya Ipod. Tahun 2005 gua ada bawak gua punya bini pergi Petronas Philharmonic tengok Harry. Wahhh! Bini banyak gembira. Jerit sampai esok hari tak ada suara.

Ini tahun ini Harry lagi mau datang Malaysia. Gua punya bini sudah banyak excited. Bini cakap boleh pergi tiga malam kah? Gila! Pokai lah 3 malam. Satu malam RM600 dua orang. Gua cakap satu malam cukup lah. Bini kata ok.

So, kalau siapa ada pergi itu konsert malam 3 March. Cari laki paling hansem. Itu hansem, gua lah.

http://www.malaysianphilharmonic.com/harry.htm

Naik Bas

Dulu bila gua mengaji dekat itu UPM, gua kena naik bas balik kampung bila ada cuti. Gua ada banyak pengalaman seram gua boleh cerita, tapi gua pilih ini satu.

Ini bas driver, gua tak tau sudah apa naik dia punya kepala, pandu macam formula one. Dulu Kuantan-KL mana ada highway, trunk road only. Jalan belok kanan, belok kiri. Gua punya kepala pun belok kanan belok kiri, banyak pening. Dia takda tengok itu line satu atau dua, ada chance mesti potong punya. Gua hati banyak kuat denyut oh!

Satu kali, ini satu kereta tiba tiba potong gua punya bas. Wahhh ..... ini driver hati banyak panas, buat banyak bising, takda happy ini kereta sudah potong dia. Dia bawak itu bas banyak dekat itu kereta, sikit lagi mau cium itu kereta punya bontot.

Bukan satu kali mau cium, empat, lima kali pun ada woh. Sampai dia punya konduktor pun naik tension. Suruh dia sejuk sikit. Gua sikit mau muntah, laju lagi break, laju lagi break. Gila punya driver. Gua ingat itu driver sudah high lah. Kalau takda high, dia mesti pergi jumpa loktor dekat Hospital Bahagia, kasi rawat. Gila.

Tapi gua puji Tuhan, gua sampai Kuantan, satu biji. Takda calar, tapi sikit pening.

Gua harap itu gomen, angkat serius ini problem. Kita tak mau ini macam punya driver bawak bas. Banyak bahaya.

Pergi support : http://buscrashnomore.blogspot.com/

The Emperor’s New Clothes


Banyak syiok jadi kalu lu punya bapak seorang PM. Boleh buka butik dekat itu Pavillion. Ini PM banyak free hoh?
Itu gambar gua curi dari http://barkingmagpie.blogspot.com/

 

E-Mail Subscription

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner